Sunday 26 August 2018

KESELAMATAN BOTOL PLASTIK AIR MINUMAN (SAFETY OF PLASTIC BOTTLED DRINKING WATER)

Kelab RVIP Malaysia sedang menganjurkan satu tinjauan untuk mengenalpasti samada pengeluar air minuman/ mineral dalam botol dan pengeluar botol plastik untuk air minuman di Malaysia bertanggungjawab memastikan plastik yang digunakan adalah jenis Gred Makanan iaitu selamat untuk digunakan menyimpan air minuman bagi tempoh berbulan-bulan sebelum tarikh luput. Lazimnya di negara maju, kualiti plastik Gred Makanan dapat dikenalpasti berdasarkan simbol "garpu-gelas" tertera pada label atau badan atau tapak botol. 
 
Justeru, terdapat keraguan ke atas kualiti botol plastik air minuman di Malaysia kerana tidak terdapat simbol tersebut. Hal ini mustahak untuk memastikan pengguna tidak minum air yang tercemar dengan bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam pembuatan plastik gred rendah seperti phthalates dan bisphenol A yang terbukti berupaya mengalakkan perkembangan sel kanser prostat dan kanser payudara. Maklumat lanjut sila emel kepada setiausaha Kelab RVIP Malaysia pada alamat secretaryrvip@gmail.com dan tonton video yang disertakan pada "link" dibawah: