Wednesday 23 July 2014

Balancing Weighing Balance

Often during OECD - GLP inspections, ISO 9001 audits and ISO/IEC 17025 assessments we come across weighing balance as it is a must equipment in preparation of test item, reference materials and production ingredients. One of the typical component of the weighing balance is the level-indicator, which consists of a gas bubble within a circle. The leveling (balancing) is an important prerequisites in operating any balance at laboratory. The balance is leveled when the bubble stays in the circle without touching the circle line. Once the bubble touches the circle line, the measurement of the weight (mass) starts to drift and becomes inaccurate. Eventually the weight measurement is incorrect when the bubble crosses the circle line. Most models of weighing balance is unable to perform auto-leveling even for a calibrated balance. Thus laboratory personnel plays an important role to ensure measurement of weight without error.






Seringkali ketika pemeriksaan OECD - GLP, audit ISO 9001 dan penilaian ISO/IEC 17025, kita akan bertemu alat penimbang berat yang merupakan satu alat wajib dalam penyediaan bahan ujian, bahan rujukan dan ramuan pengeluaran. Satu daripada komponen yang lazim terdapat pada alat penimbang ialah penunjuk - pengarasan yang terdiri daripada satu gelembung gas di dalam bulatan. Mengaras (mengimbang) kedudukan penimbang adalah satu prasyarat penting semasa menggunakan penimbang di makmal. Kedudukan penimbang telah teraras apabila gelembung berada di tengah bulatan tanpa menyentuh garis bulatan. Sebaik sahaja gelembung menyentuh garis bulatan, penyukatan berat (jisim) mulai hanyut and menjadi tidak tepat. Akhirnya penyukatan berat adalah tidak betul apabila gelembung melintasi garis bulatan tersebut. Kebanyakan model alat penimbang berat tidak berupaya melakukan pengarasan secara automatik walaupun telah dikalibrasi. Justeru, kakitangan makmal memainkan peranan penting untuk memastikan penyukatan berat tanpa ralat.

Friday 4 July 2014

Expiry Before Expiry

Chemical consumables at laboratory includes acid, alkaline, solvent, reagent and many more types chemical substances. It is an universal good practice for laboratory personnel to take note of expiry date stated on the container of the chemical substance. The expiry date reflects that within the stipulated date, the chemical characters (specification) of the substance, e.g. chemical structure, purity, specific gravity, density etc. remain the same without any changes. This assumption allows chemical processes to be performed with certainty of the expected outcome. Often the laboratory personnel tends to overlook that the expiry date is very much dependent on the storage conditions namely temperature, moisture and light. Therefore the right SOP in handling and storage of the chemical substance, and not to forget the monitoring plus recording of the storage condition are crucial to sustain the chemical substance lifetime. In addition, some chemical substances are known to have good stability with long lifetime of more than 10 years yet its container states expiry date of less than 5 years. The reduced expiry date is determined by the container's integrity (bottle & cap) in providing secure and safe storage of the chemical substance. Change on the physical appearance of the container is a sign that the chemical substance has been exposed to extreme environmental condition. Thus, please bear in mind that chemical substance may expire before expiry date.


Pakai habis kimia di makmal merangkumi asid, alkali, pelarut, reagent dan banyak lagi jenis bahan kimia. Satu amalan umum yang baik untuk kakitangan makmal adalah mengambil tahu tarikh luput yang dicatatkan pada bekas bahan kimia. Tarikh luput tersebut mencerminkan tempoh sebelum tarikh tersebut, sifat (spesifikasi) kimia bahan berkenaan, contohnya struktur kimia, ketulenan, graviti spesifik, ketumpatan dan sebagainya kekal tanpa sebarang perubahan. Andaian ini membolehkan proses-proses kimia dijalankan dengan pasti untuk mendapatkan hasil yang dijangkakan. Seringkali kakitangan makmal tidak sedar bahawa tarikh luput tersebut sangat bergantung kepada keadaan penyimpanan seperti suhu, kelembapan and cahaya. Justeru, prosedur kerja tetap (SOP) yang betul dalam mengendali dan menyimpan bahan kimia, dan tidak melupakan pemantauan termasuk merekod keadaan penyimpanan adalah mustahak untuk mengekalkan hayat bahan kimia. Tambahan pula, sesetengah bahan kimia diketahui memiliki kestabilan yang bauk dengan hayat yang panjang melebihi 10 tahun, namun bekas bahan kimia tersebut menyatakan tarikh luput yang kurang dari 5 tahun. Pemendekan tarikh luput itu ditentukan oleh integriti bekas (botol & tudung) dalam menyediakan penyimpanan bahan kimia yang selamat. Perubahan fizikal pada bekas adalah satu petanda bahan kimia tersebut telah didedahkan kepada keadaan persekitaran yang melampau. Oleh itu, sila ambil peduli bahawa sesuatu bahan kimia boleh luput sebelum tarikh luputnya.